Friday, June 17, 2011

Me, Myself & Carelessness...

Yep, this is my status in my FB...

Entry kali ni terpaksa mengunakan 'aku' sebagai kata ganti diri.. sounds so awkward as am not so used of using 'aku' in my blog. Tetapi memandangkan luahan hati ini tepat dari teras hati ini, maka penggunaan 'aku' juga adalah sangat tepat di kala ini. Haih... Pagi-pagi Jumaat tak baik mengeluh. =___=

Petang semalam, lepas penat bekerja seharian, aku gagahkan diri berjogging dengan Lisa Pinkjamboo, berjayalah jugak membakar lemak yang berulang kali diternak tu. On the way balik, seperti yang dirancangkan, we've decided to singgah pasar malam, mencari sup-sup serta makanan yang bukan berunsur nasi. Aku beli laksa & soya panas. Adalah beberapa kedai yang aku singgah, kedai baju kanak-kanak, sempat jugak punggah-punggah baju cari size Ryan. Tapi bukan beli pun, sib baik abang tu sporting. Tengok-tengok sarung bantal..dan dan dan..... Tak semena-mena, tangan di kiri kanan penuh dengan tiba-tiba..Okay, jom balikkkkk... Kebiasaannya, dah nak sampai kereta, kita kaum wanita akan menggodek-godek handbag cari kunci kereta. Tapi aku tak bawak pun handbag! Lenggang kangkong pegang HP and purse kecik ade syiling. TETTT... Mana kunci kereta aku? Setelah diamati betul-betul kiri kanan tangan. SAH, tak ada kunci kereta. Ah, sudahh... Okay, recall balik ape berlaku sebentar tadi. Flashback jauh sikit, aku pisahkan kunci kereta dari keychain mase kat jogging trek, kongkonon nak jogging lite-lite, bunyi kunci pun irritating kalau tengah lari-lari...Kat pasar aku still pegang kunci tu mase tengah pilih-pilih baju tapi tak beli tu.. Lepas tu............? Lepas tu tak ingat ape dah...... =_=

So, di kala itulah, aku sempat lagi membuat pilihan, perasaan mana patut aku pilih...Marah? Panik? Penat? Well, aku ambik sesudu perasaan dari setiap satu.. "Jom cari kat kedai air soya tadi nak Babe?" Kesian Lisa, dia sangat penat tapi masih nak memberi cadangan patah balik tu. Untuk pengetahuan semua, kedai air soya tu umpama dari KLCC ke Ampang Park. Masalahnya, kalau jumpa berbaloi. Kalau kunci tu ada kat situ. Kalau tak? "Tak apalah, babe. Better menapak balik umah je. At least kat rumah i tau ada spare key." Walhal jarak tempat aku parking kereta ke rumah aku tu, boleh dikatakan, umpama Ampang Park ke Menara Tan & Tan, or maybe PNB? Kesimpulannya, jauh. Ah, tapi berbaloi. Maka berjalanlah kedua budak yang comel ini dengan longlainya. Misi kami - Nak balik rumah! Misi aku - Balik umah, kunci kereta & amik kereta. Pfftttt...

Kunci di tangan! Misi patah balik ke kereta. Kalau aku buat sorang-sorang takpe gak. Ni menyusahkan anak buah Lisa, si Mikhail. Menjadi mangsa kadaan sang cuai. Tak pasal-pasal dia kena teman aku dalam menjalankan misi patah balik tu. Lisa tak dapat tolong, dia nak kena amik anak-anak semua. Aku memang serba salah, tapi nak ade orang temannn.... :( "Sorry, abang, I have to trouble you, dah la nak sekolah esok. TQ for 'temaning' me ya" On the way ke kereta, aku rase bunyi cengkerik mengiringi perjalanan aku dan abang. Masing-masing not in the mood nak berborak. Aku pulak sibuk sangat karang message ke Lily, of course la kena update kejadian ni. Abang muka pun off je. Haihh..

Dah selesai misi mustahil, sampai je rumah dengan perasaan yang ditutup bercampur-campur, aku humban semua barang atas katil. Lepastu aku pergi dapur, aku grab plastik laksa tadi, terus simpan dalam peti ais. "Babe, I tak nak makan. Selera I patah gila!" Housemate aku tergamam tapi sempat tergelak. Terus mandi dan menghumbankan diri atas katil...Muhasabah, muhasarawak, muhaperak.... dan dan dan....Apesal aku careless sangat????? Aku terbayang wajah-wajah kengkawan aku.... HAIHHHHH

Kalau si Farha tau ni, sure dia cakap 'Mudd....Mudd..."
Lily reply message aku tadi " Madihah.....Madihah...." erm..
"Mudddddddd...ko cemerkap lahhhhh...." itu sure dari Acu..
"Muddd ni selalu la macam ni....." terngia-ngia suara Normy.
Kalau Khalisa pulak "Ko kan Mudddd......"
Kalau Ezreen sure dia akan cakap "OMG, Babe....u ni kan..."
"Ha ni memang cuai sangat" owh oooo, yang tu surely from my eldest sister, Kak Nor... =____=
"Wheeetttttt, Kak Madiiiiiiii...." Yep, that will be from Wina..
"Ha...awak kena banyak-banyak selawat Haa......" Oh, that's my Umima.

Haih...

Dah macam ucapan raya pulak..GERAMNYAAAA! Dengan diri aku sendiri..Aku tido sangat awal, dengan perasaan yang tak berperasaan...well.. dengan perasaan geram la kot..

Tapi...lain pulak jadinya bila tido awal sangat..... Aku terjaga pukul 12.30 a.m. Terkebil-kebil, nak buat ape ni? Sempat masak air dua round. Pukul 2.00 a.m. baru dapat tdo...... =_______=



p/s:Superman don't need no seat belt. But am not even a superman :P

2 comments:

Khalisa Ridzuan said...

eh nama kite ade!hahaha.kalau aku..aku geleng kepala je mudd.nasib Lisa sorg lg tu penyabar orgnye.tak mcm aku.hahaha.ko ni kan muddd....! (pandai kau teka ye.mmg tula aku nk ckp pon) hahahaha

Mudd said...

:) aku siap terbayang skali muke ko ..ko tau tak...